Thursday, May 1, 2014

Alhamdulillah..

Indahnya rencana Dia
yang aku sendiri tidak tahu
apa yang bakal jadi di masa hadapan

Yang aku tahu, pasti ia indah indah belaka.


Mungkin Dia rindu rayuan aku
Mungkin Dia rindu tangisan aku
Mungkin dia rindu rintihan aku
Mungkin dia rindu suara aku...


Kerana itu Dia beri aku sedikit 'ujian'
Lumpuh atau gagah kah aku mengalas itu persoalannya.





Dia beri aku sedikit rasa sunyi, bersama air mata peneman di kala matahari meminjamkan langit kepada bulan.


Dia beri aku rasa hiba dan sedih kerana 'ujian' yang Dia beri yang aku sangka aku tidak mampu.


Tetapi sesungguhnya 'ujian' itu umpama aliran darah untuk nadi aku terus berdenyut.
Kekuatan aku untuk terus gagah berdiri berjalan berlari mengejar Dia yang hakiki.
Baja untuk hati aku yang gelap usang pudar lapok kerana ketiadaan rasa cinta untuk Dia.



Setelah 'ujian' ini dapat aku tempuh dan ambil pengajaran darinya,

Akhirnya ' alhamdulillah Allah Maha Besar alhamdulillah Allah Maha Agung ' ku tanam dalam diri.




Duhai pemilik hati dan jasad, pilihlah kaki ku melangkah ke FiradausiMu.
Datangkan lagi 'ujian' untukku agar hati dan jasad pinjamanku ini sentiasa ada untukMu.



Duhai pemilik dunia dan seisi, alhamdulillah untuk segala nikmat yang Kau beri. Ya, termasuk 'ujian' ini.

Friday, April 25, 2014

26 April 1995

Detik ini orang yang paling tepat untuk aku kucup
Orang yang paling tepat untuk aku peluk erat
Orang yang paling tempat aku memohon keampunan
Orang yang paling tepat aku kongsikan segala luah dan rasa


Adalah bonda dan ayahnda.


Kerana kalau bukan mereka , tiadalah aku yang lahir pada detik ini.


Terima kasih bonda , dirimu pasti gembira di saat ini pada 19 tahun yang lampau
mendengar bingit tangisanku , riak memek wajaku, bau syurga yang aku bawa
pasti kau tersenyum terhibur bersyukur pada Tuhan Yang Maha Esa kerana
pengorbananmu mengusungku 9 bulan 10 hari akhirnya terubat.

Terima kasih ayahnda meminjamkan benihmu sementara untuk aku melihat dunia
memelihara aku cukup segalanya dari segi apa pun tiada tercela
mengucupaku sebelum aku dibuai mimpi lena
agar di esok hari aku tabah mengharungi getirnya dunia.


Tidak tergalas tidak tercapai tidak terbayang tidak terbayar sungguh aku katakan,
jasa mu bondaku dan ayahnda ku biarlah Tuhan yang mengambil alih tempatku dengan memberi kalian
Firdaus yang tertinggi.


Terima kasih aku sandarkan bersama kucupan dan air mata kemaafan yang penuh ikhlas
akan ada satu ketika segala pengorbanan kalian akan aku bayar dengan kejayaan aku agar aku bisa melihat kalian tersenyum bersyukur sama di saat bila mana Bonda mendengar tangisanku , ayahnda iqamat di telingaku.


Anakmu berdoa agar bonda dan ayahnda sentiasa Tuhan Yang Maha Kuasa pelihara sebagaimana
kalian cuba memeliharaku sehabis mampu yang kalian punya.



Dan takkan kubiarkan kaki kaki suci kalian ditarik Yang Maha Esa di saat kalian ingin memasuki syurga.


Aku kan cuba menjadi sesolehah seperti mana kalian berdoa untukku. Jika bukan sekarang waktunya, maafkan aku
aku akan terus mencuba melawan arus derasnya nafsu.

Golden Leaves // Passenger



3.50 pm

Aku memilih untuk menaip meluahkan eksperasi jiwa dan diri.
Sedangkan mereka mereka memilih untuk melayarkan tubuh di kamar yang menanti.
Kerana tiba tiba hatiku hiba senduku keluar apabila lintasan bayangan engkau
ada di mana sahaja aku berada.



Kerana aku masih lagi rindu.



Dan bilamana aku melihat ke arah dinding putih yang kosong
wajah engkau juga yang datang menerpa
setiap bait kata yang pernah kau ucap
muncul dalam kotak fikiran aku setiap masa.

Sudah cuba aku buang sudah cuba aku kikis
tapi dia makin datang dia makin tidak terhakis.



Akhirnya aku akur...



dengan duduk menangis.


Thursday, April 24, 2014

Experience




Pengalaman mematangkan aku. Apa erti cinta yang sebenar.
Apa erti rindu yang jujur. Apa erti sayang yang ikhlas.
Aku dibuai enak lunaknya irama suara cinta
sehingga aku tenggelam bersama halusinasi dan imaginasi sendiri.
Sehingga aku tidak dapat mengawal perasaan yang dulu hebat aku tepis,
perasaan apa?



CINTA



Dia yang aku panggil sayang, cintakan dia lupakan Tuhanku yang Esa
kerana aku sibuk mengejar cinta dia yang berupa sedangkan Tuhanku yang tidak berupa
tidak aku sibuk mengejar cintaNya yang juga adalah pencipta rupa aku dan dia.




Alasannya kukuh bila dia menggunakan nama Tuhan. Bila dia menggunakan alasan ibu dan ayah.
Aku duduk diam terkaku sendiri fikir apa yang akan jadi pada satu jam ke hadapan.
Apabila dia memutuskan aku di tengah jalan. Aku tidak dapat berbuat apa apa. Kerana apa?




Kerana alasannya kukuh.




Aku duduk diam menangis semahunya mencari Tuhan tidak berupaku itu yang menciptakan
alam aku dan seisi. Sekarang Tuhankku itu menguji aku kerana sudah puas aku bersama kasih dan
sayang yang Dia saji.




Kerana itu jugalah aku teruskan menaip kerana ingin mengisi masa lapangku
dari mengingati dia yang pergi tinggalkan aku.
Dan papan kekunciku mula rancak berbunyi
taktala orang semua memejamkan mata bersama selimut menutupi.







Dan aku masih menangis sendiri.